Main Navigation

Miscellaneous

Ka-ching!



March 13, 2008, Thursday

1/400s | f4.5 | cropped | A malay boy and his friends (who are doing the rabbit ears).
The following post is written in Bahasa Melayu, a language widely used in Malaysia (and was once the lingua franca when spice trading was at its heyday) but not very much anywhere else, to prove that I still know my "dalam" from "di dalam".

Sudah lama saya tidak bertulis dalam Bahasa Melayu. Dulu, semasa di sekolah menengah, saya memang pakar berkarang dalam Bahasa Melayu. Saya tahu kerana Puan Ong dan Puan Teng (guru-guru bahasa saya yang berbangsa cina) selalu berkata, "Eh Lim, kamu memang pakar berkarang dalam Bahasa Melayu!".

Hakikatnya, saya tidak berapa suka meluahkan isi-isi hati dalam bahasa negara tercintaku. Ada dua sebab: Pertama, ejaan saya teruk; tidak ada "spell-check" percuma kat internet. Kedua, bahasa saya sudah karat kerana sudah sekian lama tidak digunakan; hampir setengah jam saya bertulis tetapi hanya berjaya menaipkan dua perrengan.

Dulu, saya mengagung-agungkan Bahasa Inggeris. Tetapi, saya sudah sedar bahawa Bahasa Melayu ada kebaikannya juga. Di negara orang lain, tidak ramai berbahasa, nescaya Bahasa Melayu itu bagai bahasa kod, boleh digunakan di dalam bas dan keretapi bawah tanah untuk mengutuk Mat Salleh yang kurang ajar. Tetapi, nak beritahu, jangan guna Bahasa Melayu untuk mengadu harga mahal kepada geng di restoran-restoran Chinatown London kerana banyak pemilik orang Malaysia!

Baru-baru ini, saya terjumpa blog ini yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Sungguh menarik dan lucu karangan Cik Hana Kirana, buat saya kuat ketawa; bukan kelakar haha tetapi cerdik (witty?) haha. Dulu, saya bisa membaca karya-karya dalam Bahasa Melayu terutamanya buku-buku sastera yang terpaksa saya baca untuk peperiksaan. Kalau saya menjadi pembaca setia blog Cik Hana, sudah tentu Bahasa Melayu saya hebat-hebat belaka. Ternyata, saya perlu memperbaiki tatabahasa. Cik Hana, saya budak baru belajar, kalau salah, tolong tunjukkan eh?

posted at 12:53 AM